Nusantara & Antarabangsa
1 Parliament Lane Singapore
Singapore 179429
ph: Tel: 97326419
cgkarmin
UMBARA LIVE!'
Berbenang Bahasa dan Sastera. Bersulam Muzik dan Alunan Suara. Getar Salunan Halwa Santapan. Puisi Kehidupan.
KEUNIKANNYA
Program yang diiktiraf dan disokong oleh The Arts House & NAC-AEP
FORMATNYA
1: Bengkel Penulisan Puisi (40 minit)
Bengkel berunsur motivasi akan membimbing para pelajar untuk menghasilkan puisi menerusi lampiran kerja yang efektif. Para pelajar akan belajar cara menghasilkan frasa berbunga dan puisi untuk dideklamasikan dalam acara 'Mikrofon Terbuka'.
Sesi 2: Mikrofon Terbuka (40 minit)
Para pelajar diberi peluang untuk mendeklamasikan puisi yang mereka hasilkan atau puisi dari album 'UMBARA' di Play Den. Satu pengalaman unik yang akan terpahat di ingatan mereka. Acara ini bertujuan untuk mempertingkatkan keyakinan pelajar untuk menjadi lebih berpenampilan.
Sesi 3: UMBARA LIVE (40 minit)
Alami keajaiban puisi dan lagu yang didendangkan menerusi dua gitar, satu djembe dan laungan ditaktik. Pukauan Play Den pasti menjana inspirasi dan imaginasi di kalangan para penonton.
Persembahan profesional, interaktif dan spontan oleh UMBARA berupaya mempertingkatkan penghayatan dan kecintaan terhadap bahasa Melayu, seni dan sastera khususnya.
PEMBIMBINGNYA
Pembimbing-pembimbing berkelayakan yang diterajui CG Karmin Abbas.
YURANNYA
Sekolah-sekolah boleh menggunakan edusave dan geran 'Tote Board' untuk mendapatkan subsidi.
'Nuda Limited'. Kesemua Hakcipta Terpelihara.
Nusantara & Antarabangsa
1 Parliament Lane Singapore
Singapore 179429
ph: Tel: 97326419
cgkarmin